Friday, January 28, 2022

CNY

 Lagi beberapa hari nk raya cina. Syukur dpt jiran sblh umh yg baik. Jiran cina. Tiap2 tahun bg limau sekotak. Kesiannya.. hihihi.. so, raya cina ni aku ingt nk msk nasi minyak. Haaaa gitu.. lawan dfn ayam masak merah n beriani daging ( klu rajin laa sbb Allah kurniakn aku suami yg alergik dgg ahhaaaa) n pencuk timun nenas tomato. Haaa merancang je. Jadiknya x tau laaa. Hihihi

Barakah 2022.

 Assalamualaikum wbkt

Hari 28 Jan 2022, hari jumaat kareem yg penuh barakah. Subhanallah. Alhamdulillah. Syukur pd Allah kerana masih memberi peluang bernafas. Alhamdulillah. Lagi beberapa hari lagi, genap lah abah 5 tahun pulang ke sana. 

Lama, kan? Dan aku x update pape pun dlm ni. Yg boleh djadikan kenangan. 

Bnyk tahun berlalu. Start dr single mom, aku menjadi pelajar, turun naik kehidupan. Menumpang rmh kwn. Tglkn ank2. Kdg angkut ank2 skali bwk p kelas. Allah je yg tau. Keje mmg xde berenti. Pulun wlu hujung mgu. Subhanallah. Struggle nya aku waktu tu. Huhuhu.

Alhamdulillah. Tahun ni, tahun ke-3 aku menjawat jwtn tetap. Tapi x lulus hoiiiii... ya allah.. terasa mcm, bodohnya aku... d saat org lain sng2 je lulus exam, aku boleh x lulus. Hahahaha. Allahu Allah. Smpi 1 tahap mcm dh redha. Gasaklah. Bukan aku x study. Bukan x pi kursus. Bukan x tny semua AVO, VO, PePen, aihhh semua aku tny. Wahahaha. Tapi allah belom beri izin nak lulus ujian. Dan aku msh blm ada kawaasan. Kahkahkah. Sabojelah. Next May 2022, i ada exam lagi. Mmg tahajjud abes laaa mohon lulus exam n dpt pengesahan jwtn. InsyaAllah. Aamiin ya mujib.

So, 2 tahun kebelakang, negara dlanda c19. Masa awal2 negara nak PKP, aku tgh kursus kat KL. Mujur laaa sempat balik. Hahahaha. Mujur laaa ank2 ada kat umah semua. Aku mula dh fikir nak stay umah sesape lah. I tot, PKP ni mcm, ko bercuti x leh keje n sek. Aku fikir mgkn aku leh tgok wayang, jln2 kat shopping centre... Endasmu... tepu duk umah x leh kuar memane. Hahahahaha. Ingtkn 2mgu je. Sbb sblm ni mmg rasa penat yg tgi. Siap doa kat Allah. Ya Allah, boleh tak aku nk cuti 2mgu? Aku penat lah. Subhanallah. Bila kena cuti 1 negara lumpuh slama 2 mgu, ko berkurung dlm umah, keje membuta jeeee.. dgn ank dgn suami, heaven beb. Aku mcm rasa, eh, doa ku d makbulkan Allah. Hahahahaha. Ya.... itu 2 mgu pertama. Bila dtambah tambah tambah tambah, aku rasa mcm dunia nak kiamat. Hahahahaaha. Tepu kepala duk umah x buat ape. Nk jln x leh. Nk g sana sini xleh. Nk kuar g umah mak pun takut. Hahahaba. Mcm2 bermain dlm kepala. Allahu.. kesian yg hilang keje.. kesian yg x leh rentas negara. Duit pun x cukup. Kesiannya.


Ok. Cukup laaa citer psl pkp. Ada krg hepi. Ada org tidak. Apa pun, bersyukur lah banyak2.


#hepilife #mydream

Wednesday, January 26, 2022

Setelah Gelap Menjadi Terang

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Syukur alhamdulillah.. Masih lagi berada dalam nafas Illahi.. Subhanallah.. Segala puji bagi Allah yg mentadbir sekelian alam.. Masih lagi di beri peluang dan ruang dalam menjalani kehidupan sebagai hamba Allah yang dalam mujahadah.. Biiznillah..

Tahun 2022 ni nampaknya permulaan kepada kebaikan.. insyaAllah.. semoga keberkatan Allah sentiasa bersama2 kami.. aamiin ya mujib..

Esok nak ke SMA Al-Khairiah Al-Islamiah Mersing, jemput Asyraf yang mulia balik dari asrama. Alhamdulillah dpt bersekolah di sana. Semoga terus istiqomah dalam menuntut ilmu dunia dan akhirat.. aamiin.. Hati semakin kering merindui dia.. tak sabar2 nak p sana. Semoga Allah mudahkan perjalan pergi dan pulang kami.. sebab esok naik kete perang ayah dia.. besar sket.. nak angkut segalaneka barang dia spnjg d asrama.. Musim C19 ni, sek pun sekejap2 je. Berangkut pegi, berangkut balik. Smga dipandang Allah atas usaha Asyraf yang mulia dlm menuntut ilmu.. Aamiin..

Si bongsu, ya still dia laaa.. No other bongsu lagi. Mama dah surrender ihiks.. Tahun ni darjah 6. Agak struggle sbb dia skg dah besar n terlebih berikari. Kesian plak tgok dia. Waktu abang dl, semua mama sedaikan.. Kena masa dia, dia yg banyak ringankan tugas2 mama.. Subhanallah.. Ya rabb, rahmatilah ank2 ku dlm limpahan rahmat Mu yg tidak berpenghujung.. Aamiin ya mujib..

    Syukur yg teramat kerana Allah hadirkan mereka yg baik2 kepada ku.. Biiznillah.. My other half yg sangat caring n loving us, yg selalu ada bila kami memerlukan dia.. subhanallah.. Semoga Allah pelihara suamiku dari azab kubur dan azab api neraka.. Aamiin ya mujib.. Semoga Allah matikan kami dlm husnulkhatimah, dimasukkan ke dlm syurga tanpa hisab, dilindungi dari fitnah sakarat dan fitnah dajjal al-masih. aamiin aamiin ya mujib aamiin.



raya tahun 2019


2021


2021


2021


2021